Jumaat, 17 Mei 2013

Selamat Hari Murabbi

Assalamualaikum..

Firstly muallim nk ucapkan SELAMAT HARI GURU pada semua guru dari Sekolah Rendah Imtiyaz dan tak lupa juga pada guru dari Sekolah Rendah Al-Hidayah..biarpun mllm tidak lagi bergelar guru di sekolah lama..tapi bahangnya dirasai hingga kini..biarpun mllm sekarang telah bergelar sebagai guru sekolah imtiyaz,mllm dapat berbakti pada pelajar di sekolah baru yang seramai 45 orang..Alhamdulillah syukur pada Allah diatas kesempatan ini dapat mllm meluangkan masa untuk berkongsi segalanya bersama anda semua..Hampir 5 bulan bekerja di imtiyaz.banyak yang telah mllm lalui bersama-sama guru2 di sana.Tak lupa juga terima kasih pada Muallim Zul yang telah beri kepercayaan pada sy diatas jawatan yang di berikan.Semoga Allah membalas budi baik mllm.Tak lupa juga kepada Guru Besar Imtiyaz Mllm Rosidi serta Pen.Kanan 1 Mllm Ghazali diatas bantuan yg telah diberikan selama ini.

   Sebagai tenaga pengajar di imtiyaz,telah banyak yg kami sebagai guru telah lakukan untuk memastikan kesemua anak murid kami berada di jalan yang betul serta kami tidak lupa untuk memperbetulkan mana yang salah.Dengan izin Allah,apa yang kami buat semua terlaksana dan ribuan terima kasih pada guru2 yang tidak jemu2 mencurahkan baktinya.Kepada guru sekolah rendah hidayah,semoga kita IKHLAS dalam menabur bakti kepada anak-anak murid kita.mereka adalah tempat kita mencurah segala ilmu,jangan diberikan kepada mereka ilmu yang tidak bermanfaat.sebab itu akan membinasakan mereka.kepada anak-anak murid mllm baik di Imtiyaz mahupun di Hidayah,teruskn belajar bersungguh-sungguh,jangan hampakan harapan ibu dan ayah serta harapan guru-guru kita yang tidak jemu mengjar kita.Doakan kami sebagai guru agar kami sentiasa bersemangat untuk mengajar anda semua.Doa kami pula agar antum semua menjadi pelajar yg berjaya di dunia dan di akhirat.Amiiiinnn.

Khamis, 21 Mac 2013

muallim kembali :)

Assalamualaikum.... :)

     Huhhhh sudah lama tidak ku tulis blog ini..dan mungkin ramai yang menanti kemunculan mllm kan..hehe biasala sbuk sekarang ini..macam2 bnda nak di buat dekat sekolah baru..SEMANGAT katakan..yela apa taknya,dapat mllm dan mllmh yang sama2 nk membangunkan sekolah..pastu nak jadikan anak2 murid generasi harapan..masing2 ada tugas yang perlu dilakukan..apa pun mllm ucapkan ribuan terima kasih pada semua mllm dan mllmh serta ibu bapa yang xhenti memberi sumbangan pada sekolah baik dari segi kewangan mahukan material.

    Alhamdulillah dah masuk bulan 3..mllm pla dah bekerja dekat SRIM dah nak masuk 3 bulan dah keje..20.3.2013 genap lah mllm bekerja di SRIM..semoga mllm terus istiqamah dalam mendidik generasi baru ini..AMIIIINNNNNN..mllm percaya bahawa,anak2 murid yang datang dari latar belakang yang berbeza ini,dapat menjadi insan yg berguna suatu hari nanti dengan usaha dari para mllm, mllh serta xlupa juga dari ibu bapa mereka..harapan mllm sama seperti mak ayah mereka ini,agar depa ini jadi anak yang soleh dan solehah..

    Pelbagai usaha yang telah kami(pihak sekolah SRIM) telah lakukan seperti makan secara berjemaah..yang mana program ini berjalan dengan baik..para murid diajar untuk makan bersama dan membaca doa bersama..di sini kami dapat mendidik mereka agar BERSABAR menunggu rakan yang lain agar dapat makan bersama..kan best bila makan berjemaah. :) .. lepas itu kami adakan solat dhuha berjemaah..alhamdulillah rata2 murid melakukan dengan baik sekali..guru besar pun memuji mereka ini sebab sentiasa istiqamah dalam menunaikan solat dhuha..teruskan wahai anak2 muridku.. ")

    Biarpun solat dhuha ini diwajibkan untuk tahun 4,tapi alhamdulillah adik2 dari tahun 1 2 dan 3 menunjukkan minta yang sama dalam menunaikan solat dhuha ini..memang satu benda yang sangat2 baik dan digalakkan..lepas itu kami adakan solat zohor berjemaah yang mana kami meminta mereka membaca kuat..alhamdulillah daripada yang telah kami lihat,anak2 murid ini dapat membaca dengan baik..tapi perlu dibimbing lagi.bukan semua bertambah baik..ada salah juga.tapi mereka tetap mencuba dan belajar.

    Macam yang dah mllm lakukan ialah membuat jadual bertugas imam dan bilal..rata2 aulad berlumba untuk menjadi imam dan bilal..mereka ini x seperti dulu di sekolah lama..bila disini mereka berlumba satu sama lain untuk menjadi yang terbaik dan menunjukkan sikap tanggungjawab mereka itu..bila kata ada kawan mereka x hadir..mereka akan bertanya 'MLLM SIAPA AKAN JADI IMAM'?..disini dah nampak yang mereka ini bertanggungjawab dalam memikulkan amanah yang diberi oleh guru..semoga mereka sentiasa istiqamah dan mendapat keredhaan dari Allah..

    Minggu ini minggu terakhir sekolah dalam bulan 3,selepas ini kami akan bercuti selama seminggu..mlm pun dah rancang apa yg di buat masa cuti nanti..tambah2 cuti nanti mlm ada hari keluarga anjuran AIM di Teluk Senangin..so bila dah cuti pastikan kita gunakan masa yang ada untuk melakukan perkara yang berfaedah yer :)

    Lagi satu mlm nk kita semua sedekahkan Al-Fatihah pada mllmh jamnah yang telah bertemu dengan Sang Pencipta iaitu Allah..semoga mllmh tenang disana,kami disini mendoakan kesejahteraan mllmh disana..terima ksh kepada mllmh jamnah yg pernah bntu mlm dalam bnyak perkara..kalau kena marah dgn dia tu,mlm ambil sebagai semangat..apa pun mllmh,terima kasih..segala jasa2 dan pergorbanan mllmh terhadap saya dan anak2 murid di Hidayah dan bekas Hidayah kami xkan lupa sampai bila2..

XOXO publish
 

Khamis, 14 Februari 2013

CERITA MUALLIM


Assalamualaikum semua..

     Alhamdulillah syukur pada Allah dapat jua mllm menulis dan meng"update" blog mllm ni ang sekian lama xmenulis..hihi biasala cuti lama sgt..apa khbr semua yang SETIA HUJUNG NYAWA yg sentiasa ikut perkembangan mllm ini..apa pun terima kasih atas segalanya..

    Baru ini sekolah telah bercuti selama 4 hari bermula sabtu hingga lah selasa disebabkan menyambut tahun baru cina..selama 4 hari itu..mllm hanya pergi kenduri kawin sepupu belah mak mllm yang kawin di Meru..siap masuk surat khbar lagi tu sepupu mllm kawin..apa taknya,Dato' Seri Zamry serta Dato' Zahid datang dalam majlis tersebut..biasala besannya bekerja dgn Zamry..so blh la depa ajak mai kenduri tu..hihihi

   Kebanyakkan cuti mllm bnyak hbs di kampung,chemor..kg belah ayah mllm..so ramai lah sedara mara2 balik..penuh rumah nenek..dengan anak buahnyala.so layan jelah..agpun mllm suka bdk2..hihi..masa cuti di kampung bnyk aktiviti mllm lakukan bersama fmly dan sedara-mara untuk mengeratkan lagi hbgn kekeluargaan diantara kami contohnya kami buat BBQ,bakar ikan dan ayam serta sosej..mmg xlarat la nk mkn..kembung perut mllm..hahaha..kena pi xcersice ni..hehehe..

   Esoknya bawa sedara mara serta nenek pergi berendam di Ulu Kuang..mandi manda katakan..semua bawa siap berkelah lagi..yang bestnya..tgh2 mkn ni..hujan turun..hehe..mmg bestlah,mkn nasi dan lauk dengan air hujan..bukan senang nk dapat..apa pun mmg enjoy habs la..

   Alhamdulillah sekolah dah bermula balik pada hari rabu hari tu..semua murid2 mllm datang sekolah seperti biasa termasuklah pelajar yg jatuh hari tu..kata sikakak,adik dia menerima 20 jahitan..perghh mmg dasyat gileee..hihih..apa pun xda apa2 yg berlaku pada si mangsa..syukur pada Allah..

   Emmm lupa pula..hari ni 14.2.2013..kalau ikut kelendar masihi ni..hari ni hari kekasih kan..bukan mllm nk smbut cuma nk bgtau jelah..HARI KEKASIH ini HARAMMMMMMMM!!!!! dan semua umat islam x digalakkan menyambut dan menyebut perkataan "SELAMAT" pada pasangan kekasih masing2..sebab hari kekasih ni bkn hari untuk umat islam.. dan tiada dalam kelendar islam,Wajib sambut hari tersebut..sapa yg sambut amat3 lah rugi serta boleh membatalkan aqidahnya sendiri..

   Dan mllm rasa,mlam ini pasti ramai anak muda mudi di luar sana sedang seronok dibuai cinta2 indah mereka itu dan diakhiri dengan tidur bersama..NAUZUBILLAH..minta2 kita tidak tergolong dalam golongan tersebut...AMIIIINNNNNNN..

   Akhir kalam dari muallim..JAGALAH IMAN KITA BAIK2..SUBURKAN IMAN KITA DENGAN TAQWA KEPADA ALLAH..XPERLULAH KITA MENIRU AGAMA LAIN..KALAU NAK SANGAT BERKASIH SAYANG HINGGA TERGADAI IMAN ... BAIK KAWIN..SEMUANA HALAL..KAN KAN..   

Khamis, 7 Februari 2013

X ku sangka :(

     Assalamualaikum...

    Salam jumaat untuk semua..hari ni mllm nk update cite yg berlaku pada hari ini..bnda yang terjadi depan mata mllm sendri..anak murid mllm yang mana,,selepas hbs sekolah td..dalam pkul 12.30..masa itu mllm dah siap2 nk balik ke rumah..ketika itu mllm berada di motor untuk letak barang..semasa mllm patah balik ke bilik guru untuk mengunci pintu..mllm terserempak dgn pljar yg hndak main bola..pljar ini semuanya baru keluar dari educare,tapi si mangsa bukanlah duduk di educare..jadi nk ikutkan cerita..salah seorang dari murid ni..jatuh depan mllm..dan masa dia jtuh kepala dia betul2 kena bucu longkang..

    Ketika mllm sedang bangunkan dia..masa itu darah dah keluar mcm air..laju je keluar dari atas kelopak mata dia...pada saat itu,mllm lihat luka dia,bukn calang2 luka..luka dia berlubang besar..dah langgar bucu longkang,mmg ngeri la..ketika itu kakak mangsa datang untuk lihat adik dia..kakak dia siap menjerit,menangis dan melompat2 sebab terkejut dengan apa yg jadi pada adik dia..

    Mllm yg berada di sisi pelajar itu pun xsanggup lihat luka pelajar itu..luka itu terlalu dalam..siap boleh nmpk daging kepala..keadaan masa itu mmg agak cemas..mmg terlalu cemas..alhamdulillah mllm razmi terus membawa pelajar ini ke hospital untuk menjalani rawatan susulan.mllm harap tdak berlaku apa2 pd si mangsa ini..harap sgt tiada darah beku atau rekahan pada tulang kepala pelajar itu..amiiinnn..semoga dia cepat baik..

    P/S:peringtan pada semuaa..jika kita nk buat sesuatu perkara..janganlah kita berlari..dalam kes ini..pelajar tersebut berlari dan xpkai kasut dgn betul..dan akhirnya memakan diri sendiri..akibatnya berlaku benda yang x sepatutnya berlaku..kepada yg membaca Diari Muallim..tolong doakan anak murid mllm ye..agar tidak berlaku apa2 pada dia..dia pelajar yg bijak..harap dia cepta baik dan dpat meneruskan persekolahan sperti biasa..amiiinnnnn

Selasa, 5 Februari 2013

Cerita Mereka 4 Ali

Assalamualaikum..

      Alhamdulillah syukur pada Allah dapat muallim update satu perkara untuk hari ini..xbanyak tapi boleh la buat kita semua yang baca blog muallim ini..sepanjang hari persekolahan ini..dah masuk minggu keenam,muallim secara khususnya dapati,rata2 pelajar sekolah rendah imtiyaz..semuanya menunjukkan tahap yang memberangsangkan..apa tanggungjawab yang diberi semuanya di pikul dengan baik..terima kasih kepada semua muallim dan muallimha serta guru besar yang selalu memberi kata2 semangat setiap pagi..semoga dengan usaha yg kita lakukan ini..dapatlah kita melahirkan pelajar2 yang hebat..insya allah..ammiinnn..

     Muallim nk kongsi satu cerita tentang anak2 didik muallim dari kelas 4 Ali..kalau ikutkan rata2 semuanya dari SRAH..tapi bila mereka masuk disini..nampak lain dah mereka semua ini..masing berlumba untuk menjadi terbaik dikalangan mereka sendiri..biarpun sekolah ini baru..tapi kesungguhan serta iltizam mereka itu menampkkan hasilnya..yang mana mereka mula berbicara menggunakan ANA,ANTA,ANTI dan ANTUM serta yang muallim nampak disini,tugasan yang diberi SIAP..biarpun ada yang masih xsiap kn kerja atau xbawa..tapi kami(para guru) tetap berusaha untuk mereka bawa buku-buku ke sekolah dan membantu mereka yang lemah.

    Macam pagi tadi..muallim masuk kelas untuk men'tasmiq' surah al-fatihah beserta makna..banyangkan surah itu ada 7 ayat..tapi mereka dapat menghafal surah itu beserta makna..itu satu kejayaan yang muallim nampak dari diri mereka sendiri..daripada 12 orang yang tasmiq depan muallim..rata2 mereka boleh membaca dengan baik..cuma perlu diperbetulkan sedikt tajwid..tapi xda masalah itu..insya allah jika di berii perhatian yang lebih..mereka pasti boleh..amiiinnn (semoga Allah permudahkan semua)..

    Diharapkan mereka ini dapat meneruskan lagi usaha2 mereka kearah kejayaan..muallim xputus2 mendoakn antum agar antum terus dan terus berjaya dunia dan akhirat..

p/s: KEPADA PELAJAR SRAH TAHUN 2013 YAKNI YANG MENGAMBIL UPKK TAHUN 2012,TAHNIAH MUALLIM UCAPKAN PADA ANTUM YG BERJAYA,YANG TIDAK ITU,JANGAN BERPUTUS ASA..USAHA LAGI DAN LAGI..JANGAN LUPA DOA DAN TAWAKAL DAN XLUPA JUA HORMATILAH IBU AYAH SERTA GURU2 KITA..REDHA MEREKA REDHA ALLAH JUA..

Isnin, 28 Januari 2013

Kembali Ke Sekolah

    Assalamualaikum...

      Huh..selepas beberapa hari cuti..rasa pnjg pula cuti kali ni..biarpun cuti biasa je..tp rsa lama..last sekolah pada hari jumaat lepas..lepas itu cuti..rsa mcm lama sgt..rsa nk sekolah tiba2 muncul..setngh org mcm2 update tuls dlm FB..rata2 xnk blik sekolah la..xnk blik asrama la.sdh la..mcm2..tp bg muallim lain pula..rsa nk cpt sekolah..ptg td dtg sekolah..biasala rutin harian kemas kelas..

     Kelas pula bersepah je kerjanya..sapa tah masuk kelas..tp xpndai nk kemas..geram pun ada.tp nk buat mcm mana kn..redha je la..nk wat mcm mana..bila dh tulis jgn pkai kasut..ada je org msuk xbkak kasut atau selipar..kita  jgk la yg kena kemas..klau blh xnk surh anak2 murid..dpa dtg sklh bkn untuk kemas kelas sapu sampah..dpa dtg nk blja..tp klau dpa rajin..ingt pengorbanan guru dpa..msti dpa buat tanpa di suruh..harap2 mcm tu la...

    Baru ni kazen kawen di kampung..dkt Tanah Hitam,Chemor..belah ayah.ramai jugak la yg dtg..mllm pla jadi tukang sambut org n tkang posing2 ambk gmbr dgn sdra mara..xda keje kn..haha..kazen mllm tu muda lagi 25.pasangan dia pun 25 jgk..masa dpa kawen,semuanya ala purple.dan mllm pun xsangka mllm pkai bju melayu wana purple.sbb masa dirumah xthu pun nk pkai purple..last2 masa knduri,sama tema dgn bju yg mllm pkai.hihi..cuma pengtin je pkai wana emas..huhu emas kot..dasyatttttt.

   Nak ikut kn cite..katanya..(mcm azwan ali ckp )katanya..hihihi masa pangtin tgh dok atas pelamin.ramai la dok renjis2 si pngtin..siap ada DJ lagi..dok pasang lagu2 tuk pngtin..hihi..tp syg..lagu semua xkena dgn pengtin..lari sgt2..lagu smua SEDIH2 belaka..kembali pada yg td..masa pngtin dok atas pelamin..mllm apa lgi trus pergi kat pngtin..salam pengtin lelaki..yg perempna x la..wat per nk salam..bini org kot..mllm pergi..xda nk renjis2 trus p doa dpn pengtin..mmg ngs la si pngtin prmpn..haha..xprnh di buat org doa dpn pntin kn..mllm buat.sdra mara TABIK HORMAT pd mllm.hihihi..

    Apa pun..mllm ucapkan smga bhgialah pada kazen mllm tu.smga dpa berdua tu dimurahkn rzki..dimurah kn segalanya la termasuk anak2 yg solh dan solehah..jadi suami dan istri yg taat pda perintah Allah..Amiinnn..lepas ni sapa pula yg nk kawen??MUALLIM??hihi mohon doa ye..klau nk tgk mllm kawen..doa2kn ye..

XOXO Publish

Jumaat, 25 Januari 2013

Maulidur Rasul SekolahKu


Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mana diberi kesempatan bertemu dengan penghulu segala hari iaitu hari jumaat,yang mana malaikat akan turun beramai-ramai untuk mendoakan orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah dalam setiap perbuatan harian kita..

    Seperti yang kita sedia maklum,seluruh dunia telah menyambut dan mengingati kehadiran hari kelahiran Rasulullah S.A.W pada 12 Rabiul Awal tahun 1434 Hijrah bersamaan 24 Januari 2013 ( Khamis )..dan pada hari jumaat 25 Januari 2013,bertempat di Sekolah Rendah Imtiyaz,telah diadakan Hari Maulidur Rasul anjuran Akademi Ikatan Muslimin  ( A.I.M ) di dewan besar sekolah..

    Kami menyambut maulidur rasul dengan serba sederhana disebabkan hujan yang turun dengan lebat sangat pada hari ini..sehinggakan menyebabkan kami tidak membuat perarakan..tapi itu semua tidak mematahkan semangat kami untuk terus menyambut maulidur rasul pada tahun ini..Ini adalah maulidur rasul bagi sekolah muallim..biarpun suasana pada pagi itu hujan..aulad dan banat,semua semangat dengan memakai baju melayu bersampin serta berbaju kurung..memang best sgt..

suasana hujan di sekolah..tidak mematahkan semangat kami..
untuk terus menymbut maulidur rasul


   Semasa ini,muallim sempat mengambil2 beberapa gambar pada waktu pagi semasa semua pelajar datang ke sekolah,biarpun ketika itu hujan..semuanya seronok..jadi muallim persilakan antum melihat gambar2 yg muallim  ambil pada 7.30 pagi sampai 12.00 tengah hari di bilik guru, dewan terbuka, kelas dan dewan besar..



muallimah hasnah serta banat tahun 1 bergambar di dalam bilik guru..comel x semua..comel kn..



yang ini muallim-muallim kacak..hehe rebutan malaya,dari kiri muallim firdaus,muallim ghazali dan muallim sodiqin.semuanya bekas2 X-SRAH..




muallim sempat mengambil gambar banat tahun 1 dan tahun 4 yang memegang poster maulidur rasul..cantik x mereka semua??manis je semua ini..




    ini adalah gambar dari pelajar tahfiz lelaki,hafizah perempuan serta pelajar banat STAM tahun ini..masing2 memegang poster sambutan maulidur rasul


tema tahun ini " Rasulullah Pembawa Rahmat... Peribadi Unggul "..




ketika ini semua pelajar sedang berkumpul di dewan terbuka,sedang mendengar sedikit taklimat dari ketua pengarah iaitu muallim sodiqin..ketika ini sedang hujan lebat..so xda la berarak..


itu dia muallim-muallim AIM..semuanya serba berbaju melayu siap bersampin..kacak kan..semua dah kawin..kacuali muallim tutttttttttttttttttttt..hihihi..mohon doa ye..






ketika ini baru bermula program di dewan AIM,ketika ini semua sekali sedang berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
semoga kita semua mendapat berkat diatas selawat-selawat yang kita ucapkan kepada Nabi Muhammad.







   Selepas habis berselawat ke atas nabi,kami semua berehat di kantin untuk sarapan pagi..pada ketika itu,baru pukul 9.00 pagi.masa itu pun hujan masih belum berhenti lagi..jadi xdala muallim ambil gambar,sebab muallim tengah sarapan.hihi..

   Selepas habis rehat dalam pukul 9.30 pagi..semua pelajar AIM iaitu MATIN dan STAM mereka sedang mengikuti ceramah maulidur rasul oleh Ust. Akib..jadi xdalah gambar yang muallim nk kongsi..jadi pada waktu itu..muallim berada di dalam kelas untuk melihat aulad dan banat mewarna semperna maulidur rasul..











masa ini tengah berlangsung pertandingan mewarna dari tahun 1 sampai tahun 4
macam2 ragam dapat dilihat ketika ini..

    Baik..apabila selesai pertandingan mewarna..pelajar2 ini di hiburkan dengan tayangan video..cerita nabi muhammad..memang aulad dan banat terhibur menonton cerita nabi muhammad tadi..biarpun dipasang xsampai habis.aulad dan banat dapat menghayati kisah nabi muhammad itu tadi..







ini sedikit gambar ketika persembahan pelajar STAM pastu pelajar SRIM serta beberapa gambar ketika persembahan sedang berlangsung..mcam2 ragam kn..apa pun memang happening habis suasana disana..



      Jadi ini adalah sedikit buah tangan dari muallim firdaus dari SRIM semperna maulidur rasul 2013..biarpun tahun ini sambut dengan sederhana..apa pun,semuanya menunjukkan kecintaan pada junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad S.A.W..apa pun marilah kita berselawat keatas nabi muhammad beramai2..sehingga berjumpa lagi di update terbaru muallim..jumpa lagi..Assalamualaikum..

Rabu, 23 Januari 2013

Sebak + Terharu

 

Segala puji bagi Allah..dengan limpah kurniaNya..akhirnya dapat juga muallim datang ke Sekolah Rendah Al-Hidayah buat kali yg ke 2,selepas berlakunya kes muallim xblh datang tempoh hari..tpi alhamdulillah,Allah masih beri kesempatan pada muallim untuk datang menziarahi sahabat2 muallim iaitu muallim dan muallimah sekolah al-hidayah..serta berjumpa dengan anak2 murid tercinta aulad dan banat..

     Kedatangan muallim kali ini,lain pada yang lain,yang mana..muallim sendiri tak jangka yang muallim akan dikerumuni oleh aulad dan banat dari darjah 4 5 dan 6..apa taknya,semasa muallim sampai,mereka semua(aulad banat) sedang solat asar..jadi muallim xdalah nk ggu mereka sedang solat..cuma muallim sempat bertemu dgn beberap muallim dan muallimh untuk bertnya khbar..

    Daripada respond muallm dan muallimah,mrka nmpk gembira dpt jumpa dgn muallim,dan muallim xsangka dpt bersembg dgn mereka biarpun seketika..semasa muallim sampai.muallim sempt bersembg dgn mh fazliyatun yg sentiasa ceria,xlekang senyumnya pada muallim..serta mh sarah..terma ksh ye mh berdua sbb tegur sy td..kemudian mh intan izani,,hihi..mh intan cakap yg muallim nmpk seri2..hihi terma ksh mh atas  pernghargaan itu..xsangka sgt mh blh ckp mcm tu.apa pun mh pun seri2 juga..

   Alhamdulillah sempat juga mlm bertemu guru besar Al-Hidayah,mh kerisisiah..dia begitu sedih dgn muallim,sbb muallim kluar dari hidayah dan xbgtau pun dia..xpelah mh,apa pun saya xpnh lupa jasa2 dan kata nsiht yg pernah mh berikan kepada sy.sy xpernah lupa..mh bnyk bntu sy termasuklah mh hajar dan mh faridah..terma kash sbb pernah jadi IBU saya di SRAH..semoga Allah membalas budi baik mh kepada saya..

    Kembali kepada aulad dan banat,selepas habs sja solat,masa itu muallim sedang berborak dgn mlm razman ttg sekolah imtiyaz..elok tengah berborak,,muallim dikerumuni oleh aulad yg xlekang memanggil "muallim firdaussss,,muallim firdaus datang"...itulah saat indah bg muallim yg mana semua anak2 didik yg pernah muallim ajar,kerumun pada muallim..yg banat siap babai,senyum,bagi salam..yang aulad,dok tnya "kenapa muallim pindah" saat itulah air mata muallim menitis..sangat3 sebak dgn soalan2 mereka dan muallim terharu dgn aulad dan banat..mereka xsombong dgn muallim..

   Biarpun baru sebulan meninggalkan hidayah..tapi muallim xpernah lupa asal usul muallim..dari situlah muallim belajar dan blajar untuk jadi seorang MURABBI dan seorang PENDIDIK..terma kash kepada semua yg pernah bantu muallim..insya allah jika muallim ada msa,muallim akan pergi lagi ke sklh al hidayah,untuk melihat keputusan UPKK anak2 didik muallim..

  Hingga sini dulu luahan hati muallim pada antum,,apa pun muallim tetap sygkan antum..antum SAYANGKAN muallim x??hihi..SALAM MAULIDUR RASUL UNTUK WARGA SRIM DAN SRAH 2013..

                                                                PERINGTAN!!!!!
     # muallim minta pada semua..TOLONG doakan MUALLIMAH JAMNAH yang kini menghidap sakit kencing manis..dia sekarang berada di rumah..jadi kepada aulad dan banat,muallim dan muallimah serta ibu bapa yg mengenali muallimah jamnah..doa2kanlah agar mh cepat sembuh serta dapat bekerja semula di Al-Hidayah seperti biasa..muallim berharap kita semua dapat mendoakan mh jamnah cepat baik dan sembuh..AMMIIINNNNNN...

Jumaat, 18 Januari 2013

Hari Lahir Muallim Ghazali


  Alhamdulillah,segala puji bagi Allah dapt muallim terus meng'update' blog ini..alhamdulillah pada pagi tadi,pada pukul 9.45 pgi tadi..muallim serta guru2 yg lain telah menyambut hari lahir PK Hem sekolah imtiyaz iaitu Muallim Ghazali..sebenarnya hari lahir muallim ghazli pada hari rabu yg lepas,,cuma pihak sekolah telah membawa tarikh tersebut kepada hari ini( jumaat )..

  Jadi muallim sempat mengambil beberapa pic sempena hari lahir muallim ghazali..semoga mlm ghazali terus diberkti Allah,sihat tubuh badan serta dapat menjalankan kewajipan beliau sebagai PK Hem sklh Imtiyaz..jadi ini ada beberapa pic muallim ghazali kita semua..sebelum terlupa..kepada anak2 didik mlm ghazali..hargailah pengorbanan mlm ghazali pada antum ye..doakn dia agar dia dapat berbakti pada anak2 murid yg lain..Ammmiiinnnn..

muallim ghazali sedang beri ucapan

guru besar Imtiyaz

para muallimah yg sedang dgr ucapan mlm ghazali

semoga pnjg umur muallim

menerima hadiah daripada guru besar

wajah ceria mlm ghazali..hidup mlm...

bersama hadiah..jeles ni..

Jadi itu saja paparan muallim pada antum semua..jadi kepada anak2 murid diluar sana,,hargailah guru2 antum selagi mereka msih ada..hormatilah mereka dan kasihanilah mereka..mereka itu,seperti ibu dan bapa kita..
ingat,ilmu mereka itu akan bawa antum ke jalan yg redhai Allah..jadilah pelajar yg baik dan soleh serta solehah..