Khamis, 21 Mac 2013

muallim kembali :)

Assalamualaikum.... :)

     Huhhhh sudah lama tidak ku tulis blog ini..dan mungkin ramai yang menanti kemunculan mllm kan..hehe biasala sbuk sekarang ini..macam2 bnda nak di buat dekat sekolah baru..SEMANGAT katakan..yela apa taknya,dapat mllm dan mllmh yang sama2 nk membangunkan sekolah..pastu nak jadikan anak2 murid generasi harapan..masing2 ada tugas yang perlu dilakukan..apa pun mllm ucapkan ribuan terima kasih pada semua mllm dan mllmh serta ibu bapa yang xhenti memberi sumbangan pada sekolah baik dari segi kewangan mahukan material.

    Alhamdulillah dah masuk bulan 3..mllm pla dah bekerja dekat SRIM dah nak masuk 3 bulan dah keje..20.3.2013 genap lah mllm bekerja di SRIM..semoga mllm terus istiqamah dalam mendidik generasi baru ini..AMIIIINNNNNN..mllm percaya bahawa,anak2 murid yang datang dari latar belakang yang berbeza ini,dapat menjadi insan yg berguna suatu hari nanti dengan usaha dari para mllm, mllh serta xlupa juga dari ibu bapa mereka..harapan mllm sama seperti mak ayah mereka ini,agar depa ini jadi anak yang soleh dan solehah..

    Pelbagai usaha yang telah kami(pihak sekolah SRIM) telah lakukan seperti makan secara berjemaah..yang mana program ini berjalan dengan baik..para murid diajar untuk makan bersama dan membaca doa bersama..di sini kami dapat mendidik mereka agar BERSABAR menunggu rakan yang lain agar dapat makan bersama..kan best bila makan berjemaah. :) .. lepas itu kami adakan solat dhuha berjemaah..alhamdulillah rata2 murid melakukan dengan baik sekali..guru besar pun memuji mereka ini sebab sentiasa istiqamah dalam menunaikan solat dhuha..teruskan wahai anak2 muridku.. ")

    Biarpun solat dhuha ini diwajibkan untuk tahun 4,tapi alhamdulillah adik2 dari tahun 1 2 dan 3 menunjukkan minta yang sama dalam menunaikan solat dhuha ini..memang satu benda yang sangat2 baik dan digalakkan..lepas itu kami adakan solat zohor berjemaah yang mana kami meminta mereka membaca kuat..alhamdulillah daripada yang telah kami lihat,anak2 murid ini dapat membaca dengan baik..tapi perlu dibimbing lagi.bukan semua bertambah baik..ada salah juga.tapi mereka tetap mencuba dan belajar.

    Macam yang dah mllm lakukan ialah membuat jadual bertugas imam dan bilal..rata2 aulad berlumba untuk menjadi imam dan bilal..mereka ini x seperti dulu di sekolah lama..bila disini mereka berlumba satu sama lain untuk menjadi yang terbaik dan menunjukkan sikap tanggungjawab mereka itu..bila kata ada kawan mereka x hadir..mereka akan bertanya 'MLLM SIAPA AKAN JADI IMAM'?..disini dah nampak yang mereka ini bertanggungjawab dalam memikulkan amanah yang diberi oleh guru..semoga mereka sentiasa istiqamah dan mendapat keredhaan dari Allah..

    Minggu ini minggu terakhir sekolah dalam bulan 3,selepas ini kami akan bercuti selama seminggu..mlm pun dah rancang apa yg di buat masa cuti nanti..tambah2 cuti nanti mlm ada hari keluarga anjuran AIM di Teluk Senangin..so bila dah cuti pastikan kita gunakan masa yang ada untuk melakukan perkara yang berfaedah yer :)

    Lagi satu mlm nk kita semua sedekahkan Al-Fatihah pada mllmh jamnah yang telah bertemu dengan Sang Pencipta iaitu Allah..semoga mllmh tenang disana,kami disini mendoakan kesejahteraan mllmh disana..terima ksh kepada mllmh jamnah yg pernah bntu mlm dalam bnyak perkara..kalau kena marah dgn dia tu,mlm ambil sebagai semangat..apa pun mllmh,terima kasih..segala jasa2 dan pergorbanan mllmh terhadap saya dan anak2 murid di Hidayah dan bekas Hidayah kami xkan lupa sampai bila2..

XOXO publish