Jumaat, 25 Januari 2013

Maulidur Rasul SekolahKu


Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang mana diberi kesempatan bertemu dengan penghulu segala hari iaitu hari jumaat,yang mana malaikat akan turun beramai-ramai untuk mendoakan orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah dalam setiap perbuatan harian kita..

    Seperti yang kita sedia maklum,seluruh dunia telah menyambut dan mengingati kehadiran hari kelahiran Rasulullah S.A.W pada 12 Rabiul Awal tahun 1434 Hijrah bersamaan 24 Januari 2013 ( Khamis )..dan pada hari jumaat 25 Januari 2013,bertempat di Sekolah Rendah Imtiyaz,telah diadakan Hari Maulidur Rasul anjuran Akademi Ikatan Muslimin  ( A.I.M ) di dewan besar sekolah..

    Kami menyambut maulidur rasul dengan serba sederhana disebabkan hujan yang turun dengan lebat sangat pada hari ini..sehinggakan menyebabkan kami tidak membuat perarakan..tapi itu semua tidak mematahkan semangat kami untuk terus menyambut maulidur rasul pada tahun ini..Ini adalah maulidur rasul bagi sekolah muallim..biarpun suasana pada pagi itu hujan..aulad dan banat,semua semangat dengan memakai baju melayu bersampin serta berbaju kurung..memang best sgt..

suasana hujan di sekolah..tidak mematahkan semangat kami..
untuk terus menymbut maulidur rasul


   Semasa ini,muallim sempat mengambil2 beberapa gambar pada waktu pagi semasa semua pelajar datang ke sekolah,biarpun ketika itu hujan..semuanya seronok..jadi muallim persilakan antum melihat gambar2 yg muallim  ambil pada 7.30 pagi sampai 12.00 tengah hari di bilik guru, dewan terbuka, kelas dan dewan besar..



muallimah hasnah serta banat tahun 1 bergambar di dalam bilik guru..comel x semua..comel kn..



yang ini muallim-muallim kacak..hehe rebutan malaya,dari kiri muallim firdaus,muallim ghazali dan muallim sodiqin.semuanya bekas2 X-SRAH..




muallim sempat mengambil gambar banat tahun 1 dan tahun 4 yang memegang poster maulidur rasul..cantik x mereka semua??manis je semua ini..




    ini adalah gambar dari pelajar tahfiz lelaki,hafizah perempuan serta pelajar banat STAM tahun ini..masing2 memegang poster sambutan maulidur rasul


tema tahun ini " Rasulullah Pembawa Rahmat... Peribadi Unggul "..




ketika ini semua pelajar sedang berkumpul di dewan terbuka,sedang mendengar sedikit taklimat dari ketua pengarah iaitu muallim sodiqin..ketika ini sedang hujan lebat..so xda la berarak..


itu dia muallim-muallim AIM..semuanya serba berbaju melayu siap bersampin..kacak kan..semua dah kawin..kacuali muallim tutttttttttttttttttttt..hihihi..mohon doa ye..






ketika ini baru bermula program di dewan AIM,ketika ini semua sekali sedang berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W
semoga kita semua mendapat berkat diatas selawat-selawat yang kita ucapkan kepada Nabi Muhammad.







   Selepas habis berselawat ke atas nabi,kami semua berehat di kantin untuk sarapan pagi..pada ketika itu,baru pukul 9.00 pagi.masa itu pun hujan masih belum berhenti lagi..jadi xdala muallim ambil gambar,sebab muallim tengah sarapan.hihi..

   Selepas habis rehat dalam pukul 9.30 pagi..semua pelajar AIM iaitu MATIN dan STAM mereka sedang mengikuti ceramah maulidur rasul oleh Ust. Akib..jadi xdalah gambar yang muallim nk kongsi..jadi pada waktu itu..muallim berada di dalam kelas untuk melihat aulad dan banat mewarna semperna maulidur rasul..











masa ini tengah berlangsung pertandingan mewarna dari tahun 1 sampai tahun 4
macam2 ragam dapat dilihat ketika ini..

    Baik..apabila selesai pertandingan mewarna..pelajar2 ini di hiburkan dengan tayangan video..cerita nabi muhammad..memang aulad dan banat terhibur menonton cerita nabi muhammad tadi..biarpun dipasang xsampai habis.aulad dan banat dapat menghayati kisah nabi muhammad itu tadi..







ini sedikit gambar ketika persembahan pelajar STAM pastu pelajar SRIM serta beberapa gambar ketika persembahan sedang berlangsung..mcam2 ragam kn..apa pun memang happening habis suasana disana..



      Jadi ini adalah sedikit buah tangan dari muallim firdaus dari SRIM semperna maulidur rasul 2013..biarpun tahun ini sambut dengan sederhana..apa pun,semuanya menunjukkan kecintaan pada junjungan besar nabi kita Nabi Muhammad S.A.W..apa pun marilah kita berselawat keatas nabi muhammad beramai2..sehingga berjumpa lagi di update terbaru muallim..jumpa lagi..Assalamualaikum..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan